
yuhooo.....1 mei,satu dunia cuti,...Labour Day u olss,cuti kali ni aku dah ada xtvt yang telah dirancang lama sejak awal tahun lagikk,actually destinasi yang di pilih adalah ke Pulau Redang,Terengganu,even i from there,but never been there so kira okay ler join.Rombongan ni di sertai lebih kurang 40 orang..dari serata kl..ada yang kenal and ada yang tak kenal,
Jam 10.00 malam kitaorang bertolak dari kl sentral n sampai lebey kurang kul 5 pagi..jam 9.30 naik ferry ke Pulau Redang,Wisana Resort adalah tempat penginapan kami...fuhhhh memang chanteq giler tempat ni..bukan chalet tapi pantai dia,pantai yang bersih..air yang jerneh giler n fuuhhh memang besst siott...
macam macam xtvt yang kitaorang buat...candat sotong...snorkeling,main volleyball..buat sand castle..tanam orang ..karaoke n BBQ...haiyooo...penuh xtvt...asik mengilai dari pagi sampai malam...
Monday, May 4, 2009
zoom malaysia
Posted by Rafiqi at 11:07 PM 1 comments
Monday, April 20, 2009
Family day...

Ada bagus jugak diadakan perhimpunan keluarga bagi kakitangan ni,bukannya apa kekadang kat opis tuh hanya terhad kenal kepada among staff ajer..melalui hari kelurga ni boleh ler jugak kenal anggota keluarga memasing...hahha,kal
i ni aku join family day tapi tak der ler grand sangat tapi ok ler kalo nak konsep santai n rileks rileks
lokasi yang dipilih ialah Pekan Sembilang kuala Selangor,.Pantai Indah Seaview Resort.actually tempat ni tak der menarik sangat,ianya tepi pantai tapi tak leh mandi,faham ajer ler pantainya berlumpur,tapi yang best kat sini dekat ngan pantai remis..kepada sesapa yang suka makan kerang n yesss mentarang leh ler singgah sini...
Posted by Rafiqi at 5:27 PM 1 comments
Wednesday, April 8, 2009
Do not know to write
Dah lama tak update blog ni..actually tak banyak program yang aku buat,but i dont know i feel somethings playing in my mind..may be i crush on someone..hahahha,its come without my any alert but its come too...i really dont want going czary thinking about that matter..i juz want let go that feeling keep away from by my side.
Posted by Rafiqi at 1:24 AM 4 comments
Tuesday, March 31, 2009
Tuesday, March 17, 2009
Tuesday, March 10, 2009
piknikkk...
cuti datang lagi..heheh,cuti sempena maulidur rasul ni aku plan nak pi piknik,ye ler dari dok umah melangguk kat umah best jugak kalo pi main air bukit yang sejuk sejuk tuh,kitaorang pun pakat ler dua tiga orang nak pi sungai congkak.on the way nak ke sana,aku tengok cuaca cam nak hujan jer..tapi fikir mungkin kat area sana tak hujan..sampai pertengahan jalan hujan dah mula turun...tapi semangat yang kental aku gagahi jugak untuk pi..tapi sasaran lokasi aku tersasar pulak..kami semua pakat pi sungai gabai..ermmm hujan mula menunjukan tanda nak berenti..so aku pun carik ler port hampar tikar..kami menjamah sarapan yang pakat bawa....tetiba hujan turun ngan lebat...habis daaa...sudahnya kami hanya berpiknik bawah pondok sampai hujan reda pun terus balik umah..percutian yang ermmm.....sedihhhh
Posted by Rafiqi at 11:23 PM 2 comments
Wednesday, March 4, 2009
Akademi Fantasia 7
Bagi peminat rancangan realiti no 1 malaysia,ianya kembali lagi untuk kesekian kalinya untuk musim ke 7,katanya untuk mencungkil bakat bakat baru..tapi taktau ler sejauh mana yang berhasil,dari juara Af 1 hingga AF 6,artis yang lahir dari program ni hanya suam suam kuku jer hanya satu dua jer yang berjaya.Tapi takper ler dah memang mentaliti orang Malaysia dan orang melayu khasnya yang memang sukakan hiburan santai macam ni,bagi aku lak tak der ler fanatik sangat ngan AF ni..cuma layan gitew2 jer...tak pernah satu sen pun kredit aku habis untuk sms..koser nak layan...kat sini aku siarkan sikit biodata peserta untuk musim ni.
Hasil dari penjelajahan ke 4 negeri, hanya 20 pelajar yang terbaik sahaja terpilih daripada beribu-ribu yang datang mencuba bakat dalam sesi uji bakat pada musim kali ini.
Dari 20 calon itu, tapisan akan berlaku lagi. Keputusan mutlak siapakah pelajar AF7 bakal kita ketahui pada program Tirai Akademi Fantasia 7 iaitu Sabtu dan Ahad ini, 7 & 8 Mac 2009.
"Kesemua 20 calon pelajar itu dimestikan menyertai Minggu Orientasi & Kem Muzikal (MOKM) yang meliputi pelbagai kelas-kelas bimbingan dan ujian kelayakan seperti vokal (teknik), vokal (persembahan), tarian, lakonan dan pelbagai lagi selama 6 hari bermula 1 Mac - 6 Mac 2009.
Jangan Tak Lihat
"Hanya pelajar-pelajar yang memberikan persembahan terbaik keseluruhan sahaja akan diserapkan ke dalam AF7 dan keputusannya akan diumumkan dalam Tirai Akademi Fantasia 7 (Bahagian 1 & 2) pada 7 & 8 Mac ini, jam 9.00 malam di saluran rasmi, Astro Ria," kata orang kuat Astro Ria, Khairul Mizan Shagul.
Daripada 20 calon itu, seorang peserta adalah artis rakaman iaitu Nas Adila manakala 2 lagi, Aril dan Abraham, adalah peserta program realiti TV. Abraham adalah Top 4 program One In A Million 2 dan Aril pula adalah pengacara dan peserta Gangstarz yang juga adik kepada penyanyi Izwan Pilus.
Selain Aril, ada 2 lagi calon mempunyai ikatan dengan artis Isma dan Lizda. Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail adalah kakak kepada penyanyi Tomok dan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2. Manakala, Lizda pula isteri kepada pelakon drama terkenal, Ezany.
Krew murai.com.my sendiri sempat berjumpa dengan beberapa pelajar ini ketika babak kejutan diadakan iaitu ketika memberikan 'watikah'. Antara mereka ialah Aril, Abraham, Adila dan Sidi.
Apa kata komen mereka:
ARIL: "Saya tak sangka terpilih. Saya pergi uji bakat pun tidak dirancang. Saya ingatkan itu uji bakat terakhir. Rupa-rupanya apabila sedang beratur barulah saya tahu ia adalah uji bakat pertama. Terima kasih juri kerana sudi ambil saya."
AB: "Saya tak sangka langsung berjaya. Kebetulan saya adalah orang yang terakhir melepasi tahap 3 dan mengisi borang. Saya dapat borang pun last minute. Malah saya pergi uji bakat pun senyap-senyap tanpa beritahu keluarga. Semuanya sebab saya tak mahu mereka terlalu berharap,"
ADILA: "Saya ingatkan dah tak dapat. Maklumlah katanya pengumuman akan dibuat pada 12 Februari lepas. Jadi, saya pun tak mengharap lagi. Rupa-rupanya saya dapat dan bersyukur sangat-sangat."
SHIDI: "Tiap-tiap tahun saya dah pergi uji bakat dan banyak kali juga lsampai stage ke-4. Tak sangka pula selepas berumahtangga, barulah saya dapat. Terima kasih Astro."
Senarai 10 calon pelajar lelaki
1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).
Senarai 10 calon pelajar perempuan
1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)
Posted by Rafiqi at 5:15 PM 3 comments




