

sesekali lari dari kesibukan kotaraya yang terlalu bingit dan hangat atau dari hutan batu kepada hutan yang dipenuhi pokok2 pun best juga..tambah pulak dapat dok tepi air terjun lepak2 and mandi air bukit yang sejuknya memang mengesyokan.Hujung minggu ni aku gunakan untuk pi lepak tempat air terjun..aku pilih untuk ke ulu bendul Hutan Lipur Ulu Bendul terletak di Hutan Simpan Angsi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Daya tarikan hutan lipur ini ialah terdapatnya Gunung Angsi yang merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 825 meter. Untuk sampai ke puncak, pengunjung boleh memulakan pendakian melalui hutan lipur ini dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Hutan lipur ini sesuai untuk aktiviti lasak, berkelah, berkhemah atau bersiar-siar. Sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur dan pembentukan batu-batan yang bertindak sebagai benteng dan landskap semulajadi di sepanjang sungai menjadikan hutan lipur ini satu kawasan yang unik untuk dikunjungi dan bermandi-manda. Pelbagai kemudahan yang serba lengkap seperti kawasan perkhemahan, chalet dan lain-lain prasarana menjadikan hutan lipur ini salah satu destinasi pelancongan eko utama di Negeri Sembilan kat sini aku postkan gambar yang sempat aku snap...
Sunday, March 1, 2009
Jenjalan Picnik
Posted by Rafiqi at 8:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah beshnnya..putrajaya bingit ke u olz? huhu
ahaks...putrajaya bingit sesekali jer,,,
Post a Comment