
yuhooo.....1 mei,satu dunia cuti,...Labour Day u olss,cuti kali ni aku dah ada xtvt yang telah dirancang lama sejak awal tahun lagikk,actually destinasi yang di pilih adalah ke Pulau Redang,Terengganu,even i from there,but never been there so kira okay ler join.Rombongan ni di sertai lebih kurang 40 orang..dari serata kl..ada yang kenal and ada yang tak kenal,
Jam 10.00 malam kitaorang bertolak dari kl sentral n sampai lebey kurang kul 5 pagi..jam 9.30 naik ferry ke Pulau Redang,Wisana Resort adalah tempat penginapan kami...fuhhhh memang chanteq giler tempat ni..bukan chalet tapi pantai dia,pantai yang bersih..air yang jerneh giler n fuuhhh memang besst siott...
macam macam xtvt yang kitaorang buat...candat sotong...snorkeling,main volleyball..buat sand castle..tanam orang ..karaoke n BBQ...haiyooo...penuh xtvt...asik mengilai dari pagi sampai malam...
Monday, May 4, 2009
zoom malaysia
Posted by Rafiqi at 11:07 PM 1 comments
Monday, April 20, 2009
Family day...

Ada bagus jugak diadakan perhimpunan keluarga bagi kakitangan ni,bukannya apa kekadang kat opis tuh hanya terhad kenal kepada among staff ajer..melalui hari kelurga ni boleh ler jugak kenal anggota keluarga memasing...hahha,kal
i ni aku join family day tapi tak der ler grand sangat tapi ok ler kalo nak konsep santai n rileks rileks
lokasi yang dipilih ialah Pekan Sembilang kuala Selangor,.Pantai Indah Seaview Resort.actually tempat ni tak der menarik sangat,ianya tepi pantai tapi tak leh mandi,faham ajer ler pantainya berlumpur,tapi yang best kat sini dekat ngan pantai remis..kepada sesapa yang suka makan kerang n yesss mentarang leh ler singgah sini...
Posted by Rafiqi at 5:27 PM 1 comments
Wednesday, April 8, 2009
Do not know to write
Dah lama tak update blog ni..actually tak banyak program yang aku buat,but i dont know i feel somethings playing in my mind..may be i crush on someone..hahahha,its come without my any alert but its come too...i really dont want going czary thinking about that matter..i juz want let go that feeling keep away from by my side.
Posted by Rafiqi at 1:24 AM 4 comments
Tuesday, March 31, 2009
Tuesday, March 17, 2009
Tuesday, March 10, 2009
piknikkk...
cuti datang lagi..heheh,cuti sempena maulidur rasul ni aku plan nak pi piknik,ye ler dari dok umah melangguk kat umah best jugak kalo pi main air bukit yang sejuk sejuk tuh,kitaorang pun pakat ler dua tiga orang nak pi sungai congkak.on the way nak ke sana,aku tengok cuaca cam nak hujan jer..tapi fikir mungkin kat area sana tak hujan..sampai pertengahan jalan hujan dah mula turun...tapi semangat yang kental aku gagahi jugak untuk pi..tapi sasaran lokasi aku tersasar pulak..kami semua pakat pi sungai gabai..ermmm hujan mula menunjukan tanda nak berenti..so aku pun carik ler port hampar tikar..kami menjamah sarapan yang pakat bawa....tetiba hujan turun ngan lebat...habis daaa...sudahnya kami hanya berpiknik bawah pondok sampai hujan reda pun terus balik umah..percutian yang ermmm.....sedihhhh
Posted by Rafiqi at 11:23 PM 2 comments
Wednesday, March 4, 2009
Akademi Fantasia 7
Bagi peminat rancangan realiti no 1 malaysia,ianya kembali lagi untuk kesekian kalinya untuk musim ke 7,katanya untuk mencungkil bakat bakat baru..tapi taktau ler sejauh mana yang berhasil,dari juara Af 1 hingga AF 6,artis yang lahir dari program ni hanya suam suam kuku jer hanya satu dua jer yang berjaya.Tapi takper ler dah memang mentaliti orang Malaysia dan orang melayu khasnya yang memang sukakan hiburan santai macam ni,bagi aku lak tak der ler fanatik sangat ngan AF ni..cuma layan gitew2 jer...tak pernah satu sen pun kredit aku habis untuk sms..koser nak layan...kat sini aku siarkan sikit biodata peserta untuk musim ni.
Hasil dari penjelajahan ke 4 negeri, hanya 20 pelajar yang terbaik sahaja terpilih daripada beribu-ribu yang datang mencuba bakat dalam sesi uji bakat pada musim kali ini.
Dari 20 calon itu, tapisan akan berlaku lagi. Keputusan mutlak siapakah pelajar AF7 bakal kita ketahui pada program Tirai Akademi Fantasia 7 iaitu Sabtu dan Ahad ini, 7 & 8 Mac 2009.
"Kesemua 20 calon pelajar itu dimestikan menyertai Minggu Orientasi & Kem Muzikal (MOKM) yang meliputi pelbagai kelas-kelas bimbingan dan ujian kelayakan seperti vokal (teknik), vokal (persembahan), tarian, lakonan dan pelbagai lagi selama 6 hari bermula 1 Mac - 6 Mac 2009.
Jangan Tak Lihat
"Hanya pelajar-pelajar yang memberikan persembahan terbaik keseluruhan sahaja akan diserapkan ke dalam AF7 dan keputusannya akan diumumkan dalam Tirai Akademi Fantasia 7 (Bahagian 1 & 2) pada 7 & 8 Mac ini, jam 9.00 malam di saluran rasmi, Astro Ria," kata orang kuat Astro Ria, Khairul Mizan Shagul.
Daripada 20 calon itu, seorang peserta adalah artis rakaman iaitu Nas Adila manakala 2 lagi, Aril dan Abraham, adalah peserta program realiti TV. Abraham adalah Top 4 program One In A Million 2 dan Aril pula adalah pengacara dan peserta Gangstarz yang juga adik kepada penyanyi Izwan Pilus.
Selain Aril, ada 2 lagi calon mempunyai ikatan dengan artis Isma dan Lizda. Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail adalah kakak kepada penyanyi Tomok dan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2. Manakala, Lizda pula isteri kepada pelakon drama terkenal, Ezany.
Krew murai.com.my sendiri sempat berjumpa dengan beberapa pelajar ini ketika babak kejutan diadakan iaitu ketika memberikan 'watikah'. Antara mereka ialah Aril, Abraham, Adila dan Sidi.
Apa kata komen mereka:
ARIL: "Saya tak sangka terpilih. Saya pergi uji bakat pun tidak dirancang. Saya ingatkan itu uji bakat terakhir. Rupa-rupanya apabila sedang beratur barulah saya tahu ia adalah uji bakat pertama. Terima kasih juri kerana sudi ambil saya."
AB: "Saya tak sangka langsung berjaya. Kebetulan saya adalah orang yang terakhir melepasi tahap 3 dan mengisi borang. Saya dapat borang pun last minute. Malah saya pergi uji bakat pun senyap-senyap tanpa beritahu keluarga. Semuanya sebab saya tak mahu mereka terlalu berharap,"
ADILA: "Saya ingatkan dah tak dapat. Maklumlah katanya pengumuman akan dibuat pada 12 Februari lepas. Jadi, saya pun tak mengharap lagi. Rupa-rupanya saya dapat dan bersyukur sangat-sangat."
SHIDI: "Tiap-tiap tahun saya dah pergi uji bakat dan banyak kali juga lsampai stage ke-4. Tak sangka pula selepas berumahtangga, barulah saya dapat. Terima kasih Astro."
Senarai 10 calon pelajar lelaki
1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).
Senarai 10 calon pelajar perempuan
1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)
Posted by Rafiqi at 5:15 PM 3 comments
Sunday, March 1, 2009
Jenjalan Picnik


sesekali lari dari kesibukan kotaraya yang terlalu bingit dan hangat atau dari hutan batu kepada hutan yang dipenuhi pokok2 pun best juga..tambah pulak dapat dok tepi air terjun lepak2 and mandi air bukit yang sejuknya memang mengesyokan.Hujung minggu ni aku gunakan untuk pi lepak tempat air terjun..aku pilih untuk ke ulu bendul Hutan Lipur Ulu Bendul terletak di Hutan Simpan Angsi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Daya tarikan hutan lipur ini ialah terdapatnya Gunung Angsi yang merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 825 meter. Untuk sampai ke puncak, pengunjung boleh memulakan pendakian melalui hutan lipur ini dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Hutan lipur ini sesuai untuk aktiviti lasak, berkelah, berkhemah atau bersiar-siar. Sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur dan pembentukan batu-batan yang bertindak sebagai benteng dan landskap semulajadi di sepanjang sungai menjadikan hutan lipur ini satu kawasan yang unik untuk dikunjungi dan bermandi-manda. Pelbagai kemudahan yang serba lengkap seperti kawasan perkhemahan, chalet dan lain-lain prasarana menjadikan hutan lipur ini salah satu destinasi pelancongan eko utama di Negeri Sembilan kat sini aku postkan gambar yang sempat aku snap...
Posted by Rafiqi at 8:24 PM 2 comments
Monday, February 23, 2009
Cineme Marathon
Bila ameik cuti ni..aku selalu fikirkan buat sesuatu yang kekadang yang diluar kebiasaan.errm..aku plan nak pi watching cinema..actually by this moments tak der ler citer yang best,but when i read in newpaper about academy award and one film nominated for 8 oscar..aku pun teruja ler nak tengok citer slumdog millionaire.so i decided go to the Sunway Pyramid ,coz its only at mid valley and sunway pyramid yang ada show this movie.Citer ni direct by David Boyle pelakonnya merupakan muka muka baru kecuali Anil Kappor and a few more.Apa yang menariknya citer ni,citer ini memaparkan situasi sebenar masyarakat india dimana terdapat masyarakat yang hidup melarat di kawasan setinggan dan keperitan komuniti ini untuk survival hidup.Olahan cerita dia juga cukup menarik di mana ia dipaparkan dalam konteks realiti yang pernah popular satu dunia satu ketika dulu iaitu one in a millionaire.Aku puji citer ni sebab sudut cinematografi dia memang cantek dan pelakon kanak kanak memang hebat..tak mustahil ler citer ni memang banyak award..cuba tengok list award yang dia menang.Sebelum ni citer asing payah dapat award kat academy award tapi kali ni dominasi filem luar dah berjaya tempus.
Crew yang terlibat dalam Slumdog Millionaire
Keputusan Penuh Anugerah Academy ke-81
Filem Terbaik: Slumdog Millionaire
Pengarah Terbaik: Danny Boyle (Slumdog Millionaire)
Pelakon Lelaki Terbaik: Sean Penn (Milk)
Pelakon Wanita Terbaik: Kate Winslet (The Reader)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Heath Ledger (The Dark Knight)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Penelope Cruz (Vicky Christina Barcelona)
Lakon Layar Terbaik: Milk
Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Slumdog Millionaire
Filem Animasi Terbaik: Wall-E
Filem Asing Terbaik: Departures
Sinematografi Terbaik: Slumdog Millionaire
Suntingan Terbaik: Slumdog Millionaire
Kesan Visual Terbaik: The Curious Case Of Benjamin Button
Arahan Seni Terbaik: The Curious Case Of Benjamin Button
Rekaan Pakaian Terbaik: The Duchess
Solekan Terbaik: The Curious Case Of Benjamin Button
Suntingan Bunyi Terbaik: The Dark Knight
Adunan Bunyi Terbaik: Slumdog Millionaire
Skor Asal Terbaik: Slumdog Millionaire
Lagu Terbaik: Slumdog Millionaire (Jai Ho) 
untuk sesi petang lak aku berpeluang tengok citer Geng Pengembaraan Bermula...hahaha layan cartun lak.aku bagi 4 bintang untuk filem ni...tak sangka siot,org kita dah boleh buat citer animasi..walalupun percubaan pertama negara kita kuarkan citer animasi.tapi memang boleh dibanggakan,jalan citer yang menarik teknik animasi yang nampak sempurna dan memang cukup menarik ditambah pulak masyarakat majmuk yang ditampilkan .Jomler pakat sokong filem tempatan...
Posted by Rafiqi at 7:14 PM 1 comments
Wednesday, February 18, 2009
Santai Petang
Ni alat Untuk Kempis Genduttt Ni nama dia SKY WALKER
Ahaks...pic ni lupa nak rotate lak.
Kadang ada juga usaha aku cuba buat xtvt berpeluh waktu petang n cuti hujung minggu.Errm..baru baru ni aku ke tempat selalu pi jogging,ermm dah ada sikit perubahan ler.Kat sana disediakan equipment senaman tapi konsep outdoor..ermmm bagus jugak nie..ala-ala pi fitness centre tapi outdoor..hahhahha..insyallah azam aku untuk pakai saiz 29 balik boleh tercapai ni...hehehhe..
Posted by Rafiqi at 10:57 PM 1 comments
Tuesday, February 10, 2009
Hot-air balloons over Putrajaya
The balloons were part of a publicity stunt for the inaugural Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009 to be held from March 19 to 22
The four-day event will be co-organised by the Malaysian Sport Aviation Federation (MSAF) and AKA Balloon Sdn Bhd
Posted by Rafiqi at 7:06 PM 1 comments
le Tour de Langkawi...

Ada kena Mengena ke Burung ni
Ada Jual Scotters
Sponsor UtamaPosted by Rafiqi at 6:53 PM 1 comments
Tuesday, January 27, 2009
LESUNG EMAS....
dekorasi dalam kedai
Unik kan..?hehehe..sebenarnya ni merupakan nama sebuah restorant..terletak di bandar baru bangi..dekat dekaty ngan kedai kopitian si Kid search tuh...aku sebenarnya jenjalan nak makan tengahari..dalam pada pusing pusing ,mata aku tertarik kepada nama kedai ni...macam unik jer..so aku decide nak have lunch kat sini..ermm..restorant ni memang nampak cool...dalam dia chanteq dan bersih sangat..tapi menu di sikit ler..mungkin pasal baru kot..kat sini hanya ada menu nasik kukus n ayam goreng dan ikan masak asam pedas dalam claypot..tapi sedap jugakk...boleh ler..
Posted by Rafiqi at 8:39 PM 1 comments
Port Baru...
exposed sikit
ruang dalam
kolam ikan di Village View
kawasan Parking
Baru-baru pi jenjalan cari makan sekitar bangi..so jumpa ler satu port baru untuk lepak makan makan.actually temapt ni aku dah pernah dengar kawan kawan cerita,tapi tak pernah pun sampai sana.so dalam pada jenjalan tuh..aku singgah ler village view...ianya berada di bandar baru bangi..ala kalo dari kl tuh..lepas jer tol kajang dalam 500 meter akan jumpa ler tempat ni..ianya ke dalam sikit.belakang shell patrol pam,ermmm tempat ni okay jugak nampak menarik sebab dia punyai dekorasi nampak kelas,ada pintu gerbang dan di hias macam suasana kampung...ada kolam ikan..founntain dan ruang dalam yang terdapat buluh buluh dan nampak menarik ler..kalo nak kira pengunjung memang ramai..sebab time aku pi tuh bukan malam minggu tapi still ramai orang...ruang parking pun luas jugak..tak der ler masalah,harga makanan pulak..aku rasa cam mahal sikit ler..dan kualiti makan dia ermmm..biasa jer..
Posted by Rafiqi at 8:00 PM 1 comments
CUTI CNY
waktu air surut
macam2 ragam
ramai yang bukak khemah
ni keadaan jalan kat sana
Bagi kebanyakan orang lain mesti seronok kan,maklumlah cuti pada chinese New years tahun ni lama,sebab bersambung selama 4 hari.dah tentu yang balik kampung,aku lak malas nak balik kampung,bukannya apa sebab dah banyak kali sangat aku balik kampung bulan ni,so aku plan nak lepak kat kl jer ler...sabtu ok ler..ada gak benda nak buat tapi dah masuk isnin aku dah bosan tatau nak buat apa.Aku pun plan ler nak pi Port Dickson .ermmm sajer jer,..ni pun kira ad hoc punyer program..pepagi senin tuh aku gerak..masa kat highway seremban tuh aku tengok jalan macam busy jer..banyak kenderaan.lepas tol port dickson aku tengok keta makin banyak menghala ke sana.oooo aku pikir mungkin ramai yang turun ke PD kot nak bercuti..Aduh..sekali tuh sampai kat simpang nak ke pekan PD ngan menghala ke Teluk Kemang jammmmmm giler..sampai dia terpaksa tutup kepada kenderaan untuk masuk sebab dah conjusted sangat.Aku pun patah ke pekan PD,bagi aku kalo tak dapat tempat yang luas dapat dok tepi pantai pun ok gak..tapi aduhhh ramai giler orang..sepanjang pantai rumah yang berkhemah...rasa cam sia sia je pi sana..dah ler redah jam pastu tak leh nak lepak lak tuh.....haru haru...
Posted by Rafiqi at 6:23 PM 2 comments
Tuesday, January 20, 2009
American Idol Season 8



Hello guys..those yang memeng mengikuti realiti tv yang paling ramai ditonton di seluruh dunia ini..dont forget..its back for a new seasons,Kalau sesaon lepas David Cook yang menang walau ramai yang frust sebab menjangkakan David Archuleta yang akan menang.American kali muncul lagi untuk mencari bakat baru yang bakal tercipta..
Posted by Rafiqi at 10:46 PM 3 comments
Tuesday, January 13, 2009
singgah sat..

errrm...dah lama tak update blog nie,tak de citer menarik atau tatau nak tulis apa kat sini..ataupun busy sangat sampai tak sempat nak bukak blog,ermm dalam bulan ni sajer dah 3 kali aku ulang alik ke terengganu,penat sangat,sebab drive kalo nak flight okay gak.nak buat camner dah keja namanya.Tapi pi terengganu pun best jugak sebab kat terengganu ngah meriah ngan poster n bendera sana sini,maklumlah terengganu akan menghadapi pilihanraya kecil dalam masa terdekat.ini berikutan kematian ahli parlimen terengganu dan diadakan satu pilihanraya kecil bagi mencari wakil parlimen yang baru..terengganu pun aku tengok dah banyak berubah,dari sebuah pekan pada masa dulu,kini dah macam-macam naik...tapi yang paling best pantai dia masih cantek dan bersih.
Posted by Rafiqi at 11:24 PM 2 comments
Thursday, January 1, 2009
Selamat Datang 2009

Restorant Gulai Wangi di Restorant Jejantas Air Keruh
lip lap diam tak diam 2008 dah pun melabuhkan tirainya dan 2009 pun menjengah tiba..(gitooo statement)..ermmm ada cita cita yang tercapai dan ada cita cita yang masih belum terlunas namun aku rasa segala kemanisan dan kepahitan yang dilalui setiap orang pada tahun lepas ianya merupakan satu yang menbawa kepada pengalaman untuk lebih matang dalam menjalani hari mendatang.Aku rasa kalo citer pasal sambutan tahun baru,aku rasa tak der apa yang nak diraikan sangat..cuma teringat usia yang semakin meningkat dan masih banyak tuntutan hidup yang masih belum terlunas,cuma bila teringat tahun merupakan cuti umum aku rasa bagus jugak buat plan.Tahun ni aku mencuba sesuatu yang baru,driving sepanjang malam ke mana mana destinasi sambil lepak kat mana mana hentian..ermmm so dari kl aku driving ke Melaka..hahaha...hanya jenjalan dan menikmati suasana malam dan lepak kat hentian rehat..ermmm best jugak dari satu hentian ke satu hentian aku berenti dan hang up.kira kira jam 3 pagi baru aku balik..tapi idea camni memang best jugak..kalo gerak ramai sikit..mungkin lagi best..
Posted by Rafiqi at 5:28 PM 3 comments






