CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 30, 2008

Layan hindustan Movies

Rab Ne Bana Di JOdi
Actually dah lama jugak aku tak layan citer hindustan ni,maklumlah payah nak cari kawan yang kaki hindi movies dah tu tak banyak cinema yang tayang citer hindi ni.Aku ada terbaca komen dalam paper dan tengok kutipan untuk filem ni macam ok jer..so aku pun teruja jugak ler nak tengok,so aku pun booking ler citer ni kat mid valley.tau aje ler kat mid valley tuh kalo tak booking dan main walk in ajer,qeu panjang berjela.tapi ok ler akkhirnya aku dapat satu tiket.
Citer ni amik masa kira 2 jam47 minit...lama siot.Errm...jalan citer ni menarik jugak sebab ada kelainan,ia berkisar tentang ikatan perkahwinan yang bukan atas dasar cinta kat sini diorang cuba untuk menyemai cinta,dengan karekter yang berbeza sekali dengan perempuan...oppss lupa lak nak citer.filem ni arahan pengarah terkenal bollywood YAsh Chopra dan di lakonkan oleh Datuk Shah Rukh dan heroin dia pelakon baru Anushka Sharma(chanteq dia ni)..dalam citer ni yang paling aku suka ialah watak yang dibawa SRK ada dua...sorang lelaki yang nude yang serba sederhana dan seorang lagi yang ranggi...tapi Tabik kat SRK dia memang kelas dalam bawak watak dia...best bangat..hehheh..nway sesapa yang tak suka citer hindi..no comment ler.

Tuesday, December 23, 2008

jalan-jalan cari makan





Baru baru ni pi jenjajalan kar Berjaya Times Square..dah lama jugak tak pi jalan kat sana,mulanya pi Low Yat dulu beli something kendian baru pi berjaya times..dah jenjalan kat sana

Monday, December 15, 2008

Cuti hujung minggu baru ni aku amik kesempatan untuk layan movies baru kat cinema,dok tengok tengok yang ngah showing..aku rasa citer transpoter ni ler yang aku agak boleh layan,so aku pi kat TGV Mines Wonderland,sebab kat sini tak ramai orang,so tak takyah ler nak que panjang.Errrmm..bagi sesapa yang dah tengok transporter 1 and 2,dont misses up to watch this sequel.citer ni penuh aksi..dari mula sampai abis memang cemas jer.kali ni dia ada misi baru..menbawa anak kepada menteri yang diculik dalam penjanjian pembuangan toksik.Jason statham dalm filem ni cukup seksi...asik bukak baju jer.nway sapa yang nak layan citer memang tak dinafikan memang best dalam aku boleh bagi 4 bintang

Thursday, December 11, 2008

layan movies


The day the earth stood still...ermm gitew ler title movies terbaru yang ngah hangat kat pawangan pawangan..aku pun tak lepas peluang ler layan citer ni...citer ni berputar lebih kurang 1 jam sengah..pelakon dia lak bekas hero Matrix...si keenu reaves...dari segi jalan citer,aku rasa citer ni macam citer Independence Day ler..kisah Aliens serang bumi dan nak menakluk bumi,aku rasa jalan citer ni biasa sajer tak ler amazing sangat..cuma teknik CGI dia hebat jugak ler sebab nampak macam real jer.Tapi dalam citer ni Klattuu(nama keenu reaves dalam citer ni)merupakan aliens yang dah rupa orang..tapi yang dikira okay dalam citer ni ada pengajaran kepada semua penduduk bumi,jangan bergaduh dan sama sama menjaga bumi dari anasir yang tak bagus..begitu ler kisahnya..sebab alien ni rasa manusia ni tak manjaga bumi dan bertindak untuk mengambil dari manusia...ghetoo..aku rasa citer ni leh bagi 3 sengah bintang jer...

Tuesday, December 9, 2008

mantera beradu

M. Nasir feat Malique - Mentera Beradu

Bismillah!

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan… Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang… bangau dah pulang… suara sumbang..

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna….

Monday, December 8, 2008

Dinner at Yankies bangi















Ini hanya gambar ehsan


Tatau kenapa malam tuh rasa nak kuar aje...so dok fikir fikir ngan sapa nak kuar tibalah la idea nak call kawan ajak makan..yeler dah lama tak jumpa dan mungkin boleh borak borak sambil lepak,nasib baik kawan free dan kitarunk pun set tempat nak jumpa dan kat mana,mula tuh tak tau nak pi lepak mana.tapi kendian kita orang decide nak lepak kat rimbun klasik di bandar baru bangi..kira kira jam 9 aku drive ke bangi..errmmmm tapi malang lak nasib sebab semua kedai makan tutup,maklumlah esok raya diaorang pun nak beraya jugak..heheh.ok ler sebab dah janji so tunggu ler kawan tuh sampai...dalam 15 minit baru diaorang sampai...ermm dia datang 2 orang dan katanya kena tunggu kawan sorang lagi dari bangi,selepas semua sampai kitaorang pun pi ler jenguk kat yankiess ..ermm nasib baik bukak pulak...hehhe..kitaorang pun lepak ler sini sambil borak2..lama jugak dalam kul 11 lebih baru nak balik..actually aku dah banyak kali jugak datang sini,kat sini suasana makan dia unik sikit..konsep makan kampung ler ..ada rumah rumah yang dibina kat atas dan makan bersila..ok ler...makanan dia pun okay jugak..sedap ler..hehhe..

Salam Aidiladha



Alhamdulilah..semua umat islam seluruh dunia meraikan sambuatan hari raya Aidiladha pada setiap 10 zulhijah pada setiap tahun.Bagi aku pula tahun ini tak tak balik beraya di kampung hanya cukup meraikan di Ibu kota.Ketiadaaan ibu bapa ku dikampung kerana mereka menunaikan haji tahun ini menyebabkan aku rasa kurang mood untuk balik kampung,di samping pada masa ini berlaku banjir di belah pantai timur. Merayakan aidiladha di sini secara sederhana sahaja..selepas menunaikan solat sunat aidiladha di Masjid Putrajaya dan menjamah sarapan di rumah.aku mengunjungi kejiranan yang mengadakan ibadat korban..selebihnya aku mengunjungi rumah saudara yang tinggal di ibu kota dan turut tidak pulang ke kampung..cuaca pada hari ini hujan berterusan dari pagi sampai ke malam..

project runway seasons 5



program ni dah masuk seasons ke5 dan dah nak abis dah..syok jugak tengok reality tv ni.Malaysia pun ada buat versi sendiri tapi sempat satu musim jer..dah diam dah..ye ler payah jugak nak buat rancangan tv cam nie,aku dulu layan camtuh jer.tapi dah banyak kali tengok layan ler pulak

Tuesday, December 2, 2008

american idol


Errm..ni merupakan salah seorang artis yang lahir melalui rancangan cari bakat baru di amerika.Actually dia ni bukanlah jore american idol musim lepas cuma hanya no 2 tapi rasanya dia lebih berjaya dari pemenang American Idol season lalu (David Cook),tengok pada gayanya dia ni menjadi kegilaan ramai ada pakej ler katanya..sore sedap,rupa comel comel heheh..personaliti pun quit okay...single dia ngah meletop skrang ni...woow....crush ..best lagu nie..

Sunday, November 30, 2008

American Next Top Model


Rancangan ini antara reality tv yang paling lama bertahan selain The Apperentices,rasanya dah nak masuk cycles ke 13 dah...ermm tapi best rancangan ni, reality tv ni adalah idea dari kak tyra bank ahaks..memang vogue the vass kak tyra ni.skrang idea rancangan ni dah di tiru sebab dah kuar britain next top model dan Australia Next Top Model,rasanyer mesia pun nak tiru,tapi mesti tak lepas kot..rancagan terlalu kebaratan..sexissss sangat..agaknya kalo mesia buat sapa nak jadik judges eks...kalo dapat Nasha Aziz ke mesti meletop kan..hehhe,agaknya Mrs Jay di peganga oleh Azwan Ali..fuh mesti gempak..hehehhe.

Thursday, November 27, 2008

halusinasi de javu


aikkk....awat bosan ke?


besar nanti nak jadik apa ekss....


Dalam bebanyak realiti tv..ini pun salah satu rancangan program yang memang aku minat giler...ye ler bukan senang siot nak dok dalam hutan dahtuh kena makan apa yang ada,tak mandi,busuk dan kena buat macam macam task kena buat.rasanya citer dah masuk musim ke12..last dia buat kat china.

TARA season 3


Errmm.....ni pun one of my peberet reality tv programme..memang syok layan siri yang memang menguji ketahanan fizikal dan mental ni..yang best bila Alan cakap u are the last team arrived and u are eliminated from this racing....wuhhh syahdu tuh,team malaysia dah jadik jore masa 1st season dulu..2nd season dapat 1st runner up cuma TARA yang ke3 je dapat no 3..tapi ok ler...aku memang suka team dari mesia ni...penuh semangat juang..hehheh

prison break


Ni lagi satu peberet tv program.siri tv ni dah masuk season yang ke 4 dah!!..kalo musim pertama kita tengok bagaimana scotfield berusaha untuk mengeluarkan abang dia dari penjara fox river dengan pelbagai cara dan akhirnya berjaya ,time musim kedua lak kita tengok camner usaha dia menloloskan diri dari setiap untuk menangkap dia balik sampai hujung episod time si scotfield lak kena tahan kat penjara sona di Panama...musim ke empat sure gempak punyer sebab kali ni si scotfield menburu company dah bunuh awek dia....uuhhhh tak sabar nak nunggu nie.

Favourite TV program


siri heroes kini kembali mengisi masa dan menbuat aku tertunggu setiap minggu,siri ini dah masuk musim ketiga selepas kejayaan musim yang sebelumnya,cerita ni memang best giler.Musim ke tiga ni lagi syok,sebab makin ramai yang dah ada supernatural power dan penambahan watak watak baru.Kalo sesapa nak layan,tengok kat channel star world kat astro,setiap khamis jam 10.00 malam.
kalo sesapa yang dah layan citer ni sebelum ni,sure takkan terlepas setiap episod dalam season kali ni,kot ada sesapa yang dah terlepas season.dont worry boleh dapat full episod season lepas kat kedai kedai DVD ..memang dah ada kat pasaran.